
Roadtrip ke Pantai Timur — Nikmati Perjalanan Penuh Pemandangan Cantik!
Pantai Timur Malaysia memang syurga bagi yang suka roadtrip santai. Dari Kota Bharu ke Terengganu, setiap kilometer ada pemandangan laut, pantai putih dan kampung tradisional.
Dengan kereta sewa sendiri, anda bebas berhenti di mana saja — nak ambil gambar, makan, atau singgah pantai tanpa risau jadual.
Jom kawe kongsi itinerary 3H2M yang sesuai untuk keluarga, couple, atau geng kawan nak relax dari kota 😎
Hari 1: Tiba di Kota Bharu — Jalan Santai & Makan Sedap
📍 Cadangan Aktiviti:
- Tiba di Airport Kota Bharu (KBR) – pickup kereta sewa
- Sarapan di Kopitiam Kita – roti titab & teh ais viral
- Lawat Pasar Siti Khadijah – beli serunding, kain batik, kuih tradisional
- Petang ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) – lepak tepi laut sambil makan celup tepung
- Malam: Dinner di Restoran Hover (nasi lauk Kelantan style)
💡 Tips:
Ambil kereta sewa terus dari airport supaya tak perlu tunggu teksi atau Grab. Senang terus jalan ke destinasi pertama!
Hari 2: Dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu (±2 jam setengah)
📍 Cadangan Laluan:
Kota Bharu → Pasir Puteh → Besut → Kuala Terengganu
📍 Aktiviti Sepanjang Jalan:
- Singgah Pantai Tok Bali – ambil gambar laut biru & bot nelayan
- Lunch di Besut – try nasi dagang Terengganu ori
- Teruskan ke Kuala Terengganu
- Lawat Masjid Kristal & Taman Tamadun Islam
- Petang ke Pantai Batu Buruk – port wajib untuk sunset
- Malam: lepak Kampung Cina / Pasar Payang untuk cenderamata
Untuk info tarikan rasmi & waktu operasi, boleh semak di Portal Rasmi Tourism Terengganu
Hari 3: Pulang ke Kota Bharu — Singgah Tempat Best di Tengah Jalan
📍 Aktiviti Cadangan:
- Breakfast di Kuala Terengganu Waterfront
- Bertolak balik ke Kota Bharu
- Singgah Bukit Keluang (Besut) — spot gambar cantik dengan view laut
- Lunch di Jerteh / Pasir Puteh
- Petang: pulangkan kereta sewa di Airport Kota Bharu
Kereta Sewa Sesuai Untuk Roadtrip Pantai Timur
Kalau nak roadtrip selesa & jimat minyak, pilih kereta ikut kumpulan:
- Couple: Perodua Axia / Myvi
- Family kecil: Perodua Bezza / Alza
- Group besar: Proton Exora
Semua model ni ada di KK Car Rental, dan boleh pickup/drop-off terus di Airport Kota Bharu.
Roadtrip dari Kota Bharu ke Terengganu ni memang berbaloi — pemandangan cantik, makanan sedap, dan orang tempatan pun ramah.
Cuma yang paling penting, guna kereta sewa sendiri supaya perjalanan fleksibel dan selesa.
Dengan KK Car Rental, anda boleh terus ambil kereta di airport, isi minyak, dan terus enjoy drive sepanjang Pantai Timur. 🌴